14 July 2011

Zainal Abidin Ahmad (Zaaba)

Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.
Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.

BIOGRAFI RINGKAS
Dilahirkan di Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915. Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan kemudiannya bertukar ke :
  • 1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • 1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur
  • 1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
  • 1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942
  • 1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951
  • 1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.


Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura. 

PENGHARGAAN
Untuk menghargai jasa beliau, Zaaba telah dianugerahkan :
  • 1956: Gelaran Pendeta di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga
  • 1959: Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Malaya
  • 1973: Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 1962: Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri




No comments:

Post a Comment