13 July 2011

Tun Abdullah Ahmad Badawi


BIODATA PERIBADI

Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan LepasPulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys SchoolPulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam. 





Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara(MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.

Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.
Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.
Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.
Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespearekegemaran beliau ialah ‘Julius Caesar’. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.
Abdullah Badawi sendiri pernah menulis sebuah Puisi 'Ku Cari Damai Abadi' yang mendapat sambutan baik daripada para sasterawan Malaysia dan diterjemahkan ke lebih daripada 80 bahasa dunia (projek Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya yang dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev). Dinsman dalam prakata kepada buku terjemahan puisi itu menulis: '... Puisi itu pun sebuah puisi yang baik mutunya. Dalam hanya beberapa untaian kata, dengan ungkapan-ungkapan yang bernas, ia berhasil menyampaikan mesej dan makna yang besar, mendalam, luas lagi suci.


ANUGERAH
TahunNama AnugerahDaripada
2010Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk Seri UtamaPersekutuan
2009Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - TunPersekutuan
2007Bintang Republik Indonesia Adi PradanaIndonesia
2005Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin (S.U.M.Z.)Terengganu
2004Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa)Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India
2004Pingat Jose Marti (Jose Marti Order)Cuba
2004Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk Seri UtamaMelaka
2004Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.J.)Johor
2003Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk PatinggiSarawak
2003Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) - Dato' Seri DirajaPerak
2001Fellowship KehormatInstitute of Engineers Malaysia
2001Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail (S.S.S.J.) - Dato' Seri DirajaPerlis
2000Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) - Datuk Seri UtamaNegeri Sembilan
2000Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) - Dato' SeriSelangor
1999Fellowship KehormatLondon Chartered Institute of Marketing
1999Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad (S.S.A.P.) - Dato' SeriPahang
1999Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri PanglimaSabah
1997First Class Order Of Friendship Of DPRKRepublik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara)
1997Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Datuk SeriPulau Pinang
1994A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White ElephantThailand
1994Grand Cross Of The Order Of MeritChile
1992Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato'Selangor
1992Anuguerah "Qwang Hwa Chang" dari Republik KoreaRepublik Korea (Korea Selatan)
1991Grand Cordan Of The Order Of The Sacred TreasureJepun
1987Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western Michigan, Amerika SyarikatAmerika Syarikat
1983Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal oleh Presiden Republik Korea, Chun Doo HwanRepublik Korea (Korea Selatan)
1981Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) - DatukPulau Pinang
1979Darjah Johan Negeri (D.J.N.)Pulau Pinang
1974Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)Persekutuan
1971Ahli Mangku Negara (A.M.N)Persekutuan

GARIS MASA


  • 1939: Dilahirkan di Bayan LepasPulau Pinang pada 26 November.
  • 1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya; menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).
  • 1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.
  • 1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan NegaraJabatan Perdana Menteri Malaysia (sehingga 1971).
  • 1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (sehingga 1973).
  • 1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
  • 1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).
  • 1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.
  • 1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1981).
  • 1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1984).
  • 1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden UMNO sehingga 1990.
  • 1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).
  • 1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.
  • 1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).
  • 1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).
  • 1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO.
  • 1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
  • 1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
  • 2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei.
  • 2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober.
  • 2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.
  • 2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.
  • 2008 (umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan kuasa tetapi tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.
  • 2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO pada 8 Oktober

No comments:

Post a Comment